Punca jaundis

Jaundis atau penyakit kuning di kalangan bayi selalunya sebab paras bilirubin yang tinggi di dalam darah. Bilirubin di dalam darah selalunya dikumuhkan atau dikeluarkan dari darah olehn hepar (hati) dan juga seidkit melaluimususkita. Bilirubin yang tinggi di dalam darah bayi ini disebabkan oleh hati yang belum matangsepenuhnya walaupun mereka dilahirkan cukup bulan. 


Rawatan bagijaundis adalah dengan meletakkan bayi di bawah lampu 'phototheraphy'. Namun begitu tiada rawatan spesifik untuk mencegah bayi daripada terkena penyakit kuning ini. salah satu cara untuk menghindarkan bayi daripada terkena penyakit kuning adalah dengan memastikan bahawa bayi diberi susu dengan secukupnya supaya bayi buang air besar dengan kerap.


Jika salah seorang daripada bayi atau ibu mempunyai kupulan darah O manakala yang seorang lagi berkumpulan darah jenis A atau B, ini boleh menyebabkan ketidakserasian antara darah merekadan ini boleh menyebabkan paras kuning yang sangat tinggi. Faktor pemakanan ibu semasa hamil tidak mempengaruhi jaundis ini


credit: Dr Roliza Ibrahim, Pakar pediatrik,sumber: pa & ma, okt 2012


Punca jaundis