pix
Sekarang ini, kita seakan sebati dengan ubat-ubatan moden sehingga terlupa bahawa banyak bahan-bahan semulajadi boleh dijadikan penawar kepada sakit yang dihadapi. Oleh itu, marilah kita amalkan petua-petua lama ini agar tidak lagi hanya bergantung kepada ubatan moden.
  • Gastrik
Ambil sebiji buah kurma dan campurkannya dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian, minum sebanyak dua kali sehari.
  • Melawaskan Kencing
Jika anda ada masalah ketika membuang air kecil, cubalah petua ini. Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum airnya dua kali sehari.
  • Lelah
Bagi anda yang lelah, rebuslah beberapa biji bawang merah kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali.
  • Senak perut
Jika anda berhadapan dengan masalah senak perut dan selalu sendawa angin, petuanya ialah rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja) bersama dua ulas bawang putih dan tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali. Mudah-mudahan anda cepat sembuh.
  • Sakit Mulut
Sekiranya anak anda mengalami sakit mulut. Cubalah rawat dengan santan. Mula-mula masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air. Setelah santan hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih. Angkat, sejukkan dan sapu dalam mulut anak anda.

credit: pa & ma, 2013

Ubati sakit cara tradisional